PHP

 KENALI PHP?
Dalam konsep teknologi pelayan pelanggan, aplikasi ini biasanya digunakan bagi pembangunan laman web dinamik. Laman web boleh dibangunkan dengan dua format - dinamik dan statik. Perbezaan asas kepada kedua-dua laman ini adalah berkaitan dengan bahasa pengaturcaraan yang digunakan. Untuk laman web dinamik, ia menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti JSP, ASP, PHP dan ASP.NET dan sebagainya. Manakala web statik biasanya menggunakan HTML dan stail menggunakan CSS atau grafik.
Antara beberapa ciri laman web yang dinamik merangkumi kandungan sistem pengurusan, sistem e-dagang, papan bulletin, forum atau perbincangan, kemudahan intranet atau extranet, kemampuan untuk pelanggan atau pengguna untuk memuatnaik dokumen, keupayaan untuk pentadbir atau pengguna untuk mewujudkan kandungan atau menambah maklumat kepada lokasi (penerbitan dinamik).


Kelebihan laman web dinamik: 
  • Mempunyai banyak fungsi dan interaktif 
  • Lebih mudah untuk dikemaskini 
  • Kemudahan dalam pencarian maklumat
  • Boleh bekerja sebagai satu sistem untuk membolehkan kakitangan atau pengguna berkomunikasi pada masa yang sama.
PHP merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan sebelah server yang dibangunkan khas untuk pembangunan laman web interaktif.




Apa itu PHP?
PHP adalah singkatan bagi Hypertext Preprocessor yang diasaskan oleh Rasmus Lerdorf. PHP merupakan satu bahasa pengaturcaraan sebelah pelayan (server side scripting).PHP dibangunkan untuk laman web yang dinamik. PHP boleh digunakan di pelbagai platform seperti Linux, Windows dan Unix. PHP adalah perisian sumber terbuka yang boleh dimuat turun secara percuma di http://www.php.net. Versi PHP yang terkini sehingga Februari 2016 ialah PHP 5.5.32. PHP lebih serasi dengan pelayan web seperti Apache, Microsoft Internet Information (IIS) dan Personal Web Server (PWS). Selain itu, PHP menyokong pangkalan data termasuklah MySQL, Informix, Oracle, Sybase dan Generic ODBC. 

Bagaimana PHP berfungsi
PHP boleh ditulis bersama dengan pengaturcaraan HTML, di mana ia akan dilaksanakan setiap kali laman web dilawati. PHP yang disimpan di pelayan akan diterjemahkan kepada skrip HTML dan pelayar laman web tidak akan melihat kod PHP sebaliknya hanya dapat melihat kod HTML sahaja.
Apabila pelayar web meminta mana-mana laman web yang mengandungi skrip PHP, pelayan web akan memanggil PHP Parser untuk memproses semua skrip yang terkandung dalam laman web tersebut. PHP Parser akan melaksanakan skrip PHP dan menjana dokumen HTML dan seterusnya dihantar ke pelayar web. Ia disebut prosidur permintaan dan respon (request/response procedure) bagi laman web dinamik. 
      
Kelebihan PHP 
·         Sumber terbuka (open source) dan percuma
·         Senang dipelajari, ,mudah ditulis dan dilaksanakan
·         Dapat digunakan dalam pelbagai pelayan web seperti Apache, PWS, IIS dan lain lagi
·         Boleh dilaksanakan dalam pelbagai OS seperti UNIX, Linux, Windows dan Macintosh
·         Bersifat embedded (boleh ditulis bersama bahasa pengaturcaraan HTML)
·         Boleh berintegrasi dengan banyak pangkalan data seperti MySQL, Oracle, Sybase dan lain lagi  
 
Keperluan Asas PHP
Sebelum menulis aturcara PHP, beberapa perisian diperlukan untuk menjalankan PHP.
i. Perisian pembangunan PHP 
Untuk pemasangan secara berasingan, perisian perlu dipasang satu per satu yang mana terdiri daripada pangkalan data MySQL, PHP dan pelayan web Apache. 

ii. Pakej pembangunan PHP
Perisian third party ini menyediakan pakej lengkap untuk ketiga-tiga perisian bagi pembangunan PHP. Antara pakej yang ada ialah easyPHP dan juga xampp. Selain memudahkan pemasangan, pakej ini adalah percuma di mana easyPHP boleh dimuat turun secara percuma di http://www.easyPHP.org manakala xampp boleh didapati secara percuma melalui laman web  http://apachefriends.org/en/xampp.html

iii. Text editor
Perisian mengedit teks yang asas seperti notepad dan wordpad, atau perisian pembangunan web seperti Microsoft Visual Interdev, Macromedia Dreamweaver dan banyak lagi.

iv. Pelayar web
Contoh pelayar web ialah Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Google Chrome yang membenarkan pengguna melihat dan membuat pengujian pada persekitaran web


 
 18 Februari 2016 at 9.25am



SINTAKS PHP

Fail PHP boleh terdiri daripada gabungan teks, tag HTML dan skrip-skrip yang lain. Fail PHP mestilah disimpan dengan sambungan fail “.php”. Satu blok skrip PHP dimulakan dengan tag <?php dan tamat dengan ?>. Selain dari itu, tanda semicolon (;) diletakkan pada setiap akhir baris pernyataan PHP.  Contoh:
 
<?php
     echo “Lets Learn PHP!”;
?>

Komen dalam PHP Komen ditulis bagi memudahkan pembaca skrip memahami skrip tersebut. Komen digunakan untuk tujuan penerangan fungsi skrip, merekod tarikh dan masa skrip ditulis, siapa yang menulis skrip dan sebagainya. Pentafsir PHP tidak dapat membaca komen yang ditulis sebaliknya ia tidak menghiraukan kewujudan komen tersebut. Terdapat 3 cara menulis komen:
 
<?php
//Ini adalah komen satu baris//
 
  #Ini juga untuk komen satu baris
 /*Ini adalah cara menulis komen yang lebih dari
Satu baris*/
    echo “Welcome students!”;
?>

 Pembolehubah (Variable)
Pembolehubah membolehkan kita mengumpukkan data untuk digunakan pada skrip PHP. Data perlu disimpan dengan menggunakan pembolehubah. Pemboleh ubah boleh dikatakan tempat data diletakkan sementara sebelum dimanipulasi di dalam skrip PHP.


Syarat mengisytiharkan pemboleh ubah:
  • Nama pemboleh ubah adalah kes sensitive. Contoh, pemboleh ubah $kereta tidak sama dengan $KERETA. 
  • Nama pemboleh ubah mesti bermula dengan tanda $. 
  • Selepas tanda $, aksara berikutnya mestilah huruf /abjad dan tanda underscore sahaja
  •  Nama pemboleh ubah boleh menggabungkan huruf, nombor dan underscore. 
  • Nama pemboleh ubah tidak boleh ada tanda ruang kosong (space bar).
Cara mengumpukkan nilai pemboleh ubah:
                        $nama = “Nora”;

        $umur = 25;
        $anak2 = “Husna”;         
Contoh:
<?php
     $nama = “Nora”;
     $umur = 25;
     echo “Nama saya ialah $nama”;
     echo “Saya berusia $umur tahun”;
?>


 
 18 Februari 2016 at 11.05am



Pangkalan Data MySQL
PHP boleh digunakan untuk berinteraksi dan manipulasi dengan pangkalan data. MySQL adalah satu sistem pangkalan data popular yang boleh digunakan dengan PHP. Dalam topik yang lain saya akan terangkan bagaimana membina pangkalan data dalam MySQL. Bermula dengan PHP versi 5, connection dengan MySQL boleh menggunakan cara:
  • MySQLi extansion yang mana 'i' merujuk kepada improved. **jika versi yang terdahulu hanya menggunakan MySQL extansion.   
  • PDO (PHP Data Object)
PDO boleh digunakan dalam 12 sistem pangkalan data yang berbeza manakala MySQLi hanya boleh digunakan untuk pangkalan data MySQL sahaja. 
Jika ditanya cara mana yang lebih berkesan, pada saya kedua cara mempunyai mempuyai kelebihan. Boleh rujuk mana2 buku atau website untuk lebih info.

**Bagi tutorial disini, saya lebih fokus kepada penggunaan MySQLi procedural.



Secara asasnya PHP mempunyai lima langkah mudah dalam membuat hubungan dengan pangkalan data khususnya MySQL:
  • Membuat hubungan dengan MySQL / create connection
  • Mencipta pangkalan data / create new database
  • Mencipta jadual / create table
  • Memasukkan data / insert data
  • Memilih dan memapar data / select data
  • Kemas kini data / update data
  • Padam data / delete data 
*** Jika anda boleh bangunkan sistem yang ada perkara-perkara dan fungsi yang saya nyatakan di atas, sistem anda sudah di anggap lengkap..Kalau student tu dah boleh dapat A..kalau nak A+ kena tambah bagi lebih interaktif lagi la.
**Rujuk bawah untuk contoh aturcara yang details ye.
 
1.   Contoh untuk create connection dengan MySQL:
<?php
// Create connection
$conn = mysqli_connect(“localhost”, “root”, “123abc”);
  
// Check connection
if (!$conn) {
    die("Connection failed: " . mysqli_connect_error());
}
echo "Connected successfully";
//Close connection
mysqli_close($conn);
?>
 

-localhost merujuk kepada servername.
-root merujuk kepada username
-123abc merujuk kepada password. kalau tak set password boleh abaikan. hanya tulis ""    
  macam ni je. 

**ada juga yang tulis begini; declare variable dahulu:
$servername = "localhost";
$username = "username";
$password = "password"; 
 


2.  Contoh create new database

<?php

// Create connection
$conn = mysqli_connect("localhost", “root”, “”);
// Check connection
if (!$conn) {
    die("Connection failed: " . mysqli_connect_error());
}

// Create database name dbPekerja
$sql = "CREATE DATABASE dbPekerja";
if (mysqli_query($conn, $sql)) {
    echo "Database created successfully";
} else {
    echo "Error creating database: " . mysqli_error($conn);
}

mysqli_close($conn);
?>
 
 





















**Berdasarkan aturcara dalam contoh 2, database yang dicipta bernama 'dbPekerja'.

3.  Contoh create table

<?php

// Create connection
$conn = mysqli_connect("localhost", “root”, “”, “dbPekerja");

// Check connection
if (!$conn) {
    die("Connection failed: " . mysqli_connect_error());
}

// sql to create table
$sql = "CREATE TABLE maklumat_pekerja (
idPekerja INT(6) UNSIGNED AUTO_INCREMENT PRIMARY KEY,
nama VARCHAR(30) NOT NULL,
namaBapa VARCHAR(30) NOT NULL,
Umur INT(2) NOT NULL,
email VARCHAR(50))";

if (mysqli_query($conn, $sql)) {
    echo "Table maklumat_pekerja created successfully";}
else {
    echo "Error creating table: " . mysqli_error($conn);
     }

mysqli_close($conn);
?>
 
 
 


























** sintaks : $conn = mysqli_connect("localhost", “root”, “”, “dbPekerja");  bermaksud arahan untuk membuat hubungan dengan mysql pada server 'localhost', username 'root', tiada password yang di tetapkan dan mencapai pangkalan data bernama 'dbPelajar'.
** Sintaks create table:
  • nama jadual =maklumat_pekerja
  • nama medan=idPekerja, nama, namaBapa, Umur, email
4.  Contoh Insert data

<?php

// Create connection
$conn = mysqli_connect("localhost", “root”, “”, “dbPekerja”);

// Check connection
if (!$conn) {
    die("Connection failed: " . mysqli_connect_error());
}

$sql = "INSERT INTO maklumat_pekerja (nama, namaBapa, email)
VALUES ('Hafiz', 'Abdullah', 'Hafiz@gmail.com')";

if (mysqli_query($conn, $sql)) {
    echo "New record inserted";
} else {
    echo "Error: " . $sql . "<br>" . mysqli_error($conn);
}

mysqli_close($conn);
?>