Monday 24 September 2012

::..TIPS BELAJAR..:::



Pada semua pelajar yang di sayangi..Di sini saya kongsikan Tips Belajar Dengan Berkesan..Jika betul niat anda datang belajar untuk bawa pulang KEJAYAAN sebagai hadiah buat ibu & ayah yang telah membesarkan anda sejak dari kecil~Jadikan amalan, InsyaAllah pasti membuahkan hasil..


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

*      Kita ingat 10% apa yang dibaca         
*      Kita ingat 20% apa yang didengar
*      Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
*      Kita ingat 70% apa yang dicakapkan   
*      Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.  

4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

*      Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
*      Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
*      Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari pensyarah adalah sumber ilmu yang baik. So, Tanya pensyarah apabila tidak faham  jagan buat faham-faham sendiri jer..

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.

9. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik kepada pensyarah..Hormati pensyarah.

11. Banyakkan solat hajat. 

11. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar.

   


***Buang sikap suka angan-angan kosong, angau, suka bertangguh dan malas!!!